Pengangkutan darat Pengangkutan_di_Indonesia

Perkhidmatan bas terdapat di banyak wilayah yang dihubungi oleh jalanraya, terutama di Sumatra, Jawa, dan Bali. Di daerah yang lebih kecil perhubungan banyak menggunakan bas mini atau van kecil. Bas dan van juga merupakan pengangkutan awam yang utama di bandar-bandar.

Terdapat banyak kenderaan sewa di bandar-bandar kecil, seperti teksi, bajaj, beca, ojek motor, delman, dll.

Kereta peribadi dianggap sangat mahal oleh kebanyakan penduduk Indonesia, dan biasanya hanya berada di kota-kota besar saja, seperti Medan, Jakarta, Surabaya, dll.

Indonesia memiliki sekitar 158.670 km jalan berturap, dan sekitar 184.000 km jalan biasa. (anggaran 1999). Selain daripada jalan raya biasa, kerajaan juga mempunyai sistem Lebuhraya Ekspres di Indonesia yang mana hingga kini telah membina dan mengendalikan lebih kurang 760 km panjangnya, utamanya adalah berada di pulau Jawa.

Jalur kereta api:
total:6.458 km
narrow gauge:5.961 km 1.067-m gauge (101 km listrik; 101 km rel ganda); 497 km 0.750-m gauge (1995)

Jalur paip:minyak mentah 2.505 km; produk petroleum 456 km; gas alam 1.703 km (1989)